27 September 2025

Pada hari ini Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) telah mengadakan Mesyuarat Tahunan ke 5 di Hana Sofiyya Hall, Jalan Astana, Kuching. Presidennya Tuan Ikeram Yan PMPS.UTM berkata “Mesyuarat agung ini merupakan wadah penting untuk kita bermuhasabah, menilai pencapaian sepanjang tahun, serta merangka strategi baharu bagi memperkasa peranan PAMS dalam memajukan masyarakat Melayu Sarawak, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, pertanian, perladangan dan penternakan.”

Beliau juga  merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa memberikan sokongan serta komitmen. Kekuatan pertubuhan ini terletak pada perpaduan, semangat sukarela, dan pengorbanan setiap ahli katanya lagi. Mesyuarat juga adalah  medan untuk bermuafakat, memperkukuh ukhuwah, dan menzahirkan idea-idea yang mampu membawa manfaat besar kepada masyarakat kita pada masa hadapan.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini telah mengetengahkan beberapa muka baru serta mengekalkan beberapa penyandang jawatan lama. Presidennya disandang oleh Tuan Ikeram Yan PMPS.UTM, Timbalan Presiden 1, Prof Ts Dr Bidin Chee Kiffli, Timbalan Presiden 2, Dr Rasid Seli, Naib Presiden Encik Awang Badele Awg Ali, Encik Yahya Engga, Haji Yusuf Abdullah, Puan Jumatia Hamdan, Dr Rabbah Tudin (Ketua Wanita) serta 2 muka baharu iaitu Encik Mohamad Kusaini Goli serta Encik Badaruddin Ariffin (Ketua Pemuda). Setiausaha Agung kekal Encik Noordin Johari dan penolongnya Puan Masmanis Mohd Yusof. Manakala Bendahari Kehormat pula Puan Maria Salim (muka baru) dan penolongnya Haji Rumi Len (muka baru). Lima orang Majlis Pimpinan Tertinggi ialah Puan Saraiah Ayup serta 4 lagi muka baru Haji Shahruddin Abdullah, Puan Shamsiah Abdullah, Encik Abang Zainoreen Abang Jess dan Puan Nurhidayah Abdullah. Beberapa biro juga telah dinamakan iaitu Biro Kebajikan Puan Jumatia Hamdan, Suara PAMS Encik Awang Badele Awg Ali, Biro Perhubungan Awam Abang Ideris Abang Jemali dan Biro Penerangan Abang Zainoreen Abang Jess.

Sejurus Mesyuarat Agung Tahunan PAMS juga diadakan sekaligus Mesyuarat Agung Tahunan KOPAMS yang dipengerusikan oleh Prof Ts Dr Bidin Chee Kiffli.

Disebelah malamnya pula Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAMS dan KOPAMS telah dirasmi Majlis Penutupan Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan PAMS & KOPAMS oleh Pegawai Khas Yang Berhormat ADUN N25. Simunjan iaitu Tuan Rafendy bin Ariffin.  Pertandingan Ratu untuk ahli PAMS dan tetamu jemputan juga telah diadakan pada malam tersebut. Puan Jumatia Hamdan menjadi Ratu PAMS mengalahkan Puan Maria Salim dan Puan Nur Atiqah Abdullah manakala bagi ratu jemputan pula dimenangi oleh KK Mazian Khalid.

Pada malam itu juga telah diadakan penyampaian Sumbangan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kurikulum kepada anak-anak ahli 4 orang iaitu Syed Muhammad Hidayatullah bin Wan Chee Diploma Information Technology (Digital Technology)2025, Amir Firdaus Jauhari bin Noordin Diploma in Mechanical Engineering (Manufacturing) 2022 yang mana kedua-duanya mendapat Sijil Dekan dari Politeknik Kuching, Sarawak, bagi Mohamad Zulfaqqar bin Riduan mendapat 4A+ 2A 3B+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2024 dari Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah manakala Anugerah Kecermelangan KoKurikulum pula disandang oleh Adik Nur Ikmas Darwisyah binti Ikeram telah memasuki beberapa pertandingan dalam Sukan Terjun seperti SEAA Group Age di Thailand 2024, SEAA Group Age di Singapura 2025 dan mendapat tempat pertama dan kedua dalam 1M dan 3M papan anjal dan kini menjadi Atlit Kebangsaan Junior bersama Majlis Sukan Negara  (MSN) dan bersekolah Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Turut hadir pada malam tersebut Mantan Pengarah LCDA Datuk Sajali Kiffli, Presiden Dewan Ekonomi Melayu Sarawak Tuan Bujang Boji Sitam dan juga  Presiden Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak Penghulu Dr Trisno Sarintana. Majlis ini dihadiri oleh seramai lebih 70 orang.

                   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *