LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-6
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT MELAYU SARAWAK (PAMS)
SESI 2025
1. PENDAHULUAN
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) bagi Sesi 2025 telah diadakan sebagai salah satu agenda penting pertubuhan bagi menilai perjalanan, pencapaian serta aktiviti yang telah dilaksanakan, di samping membincangkan perancangan dan hala tuju pertubuhan untuk masa akan datang.
Mesyuarat ini turut menjadi platform kepada ahli untuk menyampaikan pandangan, cadangan serta buah fikiran demi memperkukuhkan lagi peranan PAMS dalam pembangunan masyarakat Melayu di Sarawak.
2. BUTIRAN MESYUARAT
Nama Mesyuarat:
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 PAMS (Sesi 2025)
Tarikh:
12 September 2026 (Sabtu)
Masa:
2.00 petang
Tempat:
Eric Mu’allaf Chinese Food Restaurant,
Tingkat 1, Sublot 18 of Lot 11936,
All of Section 65, KLTD, Matang Parade, Phase 2,
Taman Yen Yen, 93050 Kuching, Sarawak.
Penganjur:
Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS)
3. UCAPAN ALU-ALUAN DAN PEMBUKAAN MESYUARAT
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 telah dibuka secara rasmi oleh Yang Berbahagia Tuan Presiden PAMS, Dr. Ikeram bin Yan.
Dalam ucapan pembukaan, Tuan Presiden mengalu-alukan kehadiran semua ahli serta merakamkan penghargaan atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan kepada pertubuhan. Ada ahli yang datang dari Bintulu, Simunjan, Gedong dan Kuching sendiri.
Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama, kesatuan serta semangat kekitaan dalam kalangan ahli bagi memastikan PAMS terus berkembang dan mampu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam pembangunan masyarakat Melayu Sarawak. Tahun 2026 perjalanan PAMS adalah lebih baik dengan mendapatkan geran dari MTCP yang diurus oleh Encik Shirajuddin Bolhi – pengurusan pengacaraan bagi program Torque of Borneo, geran dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak bagi Bengkel 7 hari Hypnotherapy yang dikendalikan oleh Benfazil Academy, Dr Benfadzil, Tabung Baitulmal Sarawak untuk program Ramadan, sumbangan dari YB Senator Datuk Ahmad Datuk Hj Ibrahim dan juga daripada YB Datuk Hasbi Habibollah, P221.
Selain itu, Tuan Presiden berharap agar mesyuarat yang diadakan dapat berlangsung dalam suasana harmoni, terbuka dan konstruktif serta menghasilkan keputusan yang terbaik untuk kepentingan pertubuhan dan ahli-ahlinya.
4. PERJALANAN MESYUARAT
Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 PAMS.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah:
- Pembentangan dan pengesahan perkara-perkara berkaitan pentadbiran pertubuhan.
- Laporan aktiviti dan program PAMS bagi tempoh sesi yang berkaitan.
- Perbincangan mengenai perkembangan dan pencapaian pertubuhan.
- Perancangan aktiviti serta program PAMS pada masa akan datang.
- Hal-hal berkaitan kebajikan, pembangunan dan penglibatan ahli.
- Cadangan dan pandangan daripada ahli-ahli pertubuhan.
- Hal-hal lain yang dibangkitkan untuk perhatian dan tindakan pihak pengurusan PAMS.
Perbincangan telah dijalankan dengan mengambil kira pandangan dan kepentingan ahli serta matlamat penubuhan PAMS.
5. PERBINCANGAN DAN CADANGAN AHLI DAN USUL
Ahli-ahli yang hadir telah diberikan ruang untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta perkara-perkara yang difikirkan sesuai bagi memperkukuhkan lagi pentadbiran dan aktiviti PAMS.
Pelbagai cadangan yang dikemukakan akan dijadikan panduan oleh pihak pengurusan dalam merangka program dan aktiviti pertubuhan pada masa akan datang.
Tuan Haji Romi Len pula mencadangkan agar pemilihan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dikemaskan dengan berpilih dan ada juga yang dilantik. Mesyuarat bersetuju sebulat suara agar Tuan Presiden mempertimbangkan serta bermesyuarat di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi.
Tuan Abang Ideris mencadangkan PAMS untuk lebih bertindak lebih dalam menangai masalah ekonomi masyarakat Melayu. Beliau turut bertanyakan KOPAMS tentang perniagaan yang bakal dijalankan.
Kerjasama aktif daripada semua ahli amat diperlukan bagi memastikan setiap perancangan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai objektif yang ditetapkan.
6. HALA TUJU PERTUBUHAN
Mesyuarat turut menekankan keperluan PAMS untuk terus memperkukuhkan organisasi serta meningkatkan penglibatan ahli dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
PAMS diharapkan dapat terus menjadi sebuah pertubuhan yang aktif, berdaya maju dan mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat Melayu Sarawak melalui pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat secara keseluruhannya.
7. SUMBANGAN KEBAJIKAN
Sumbangan kebajikan juga terus disumbangan kepada 2 orang ahli iaitu Puan Betty Lyng (mak sakit) dan Puan Jamaliah Sinong (kematian suami). Selain itu PAMS turut berbesar hati menerima sumbangan dari ahli jawatankuasa Tuan Haji Shahrudin Abdullah yang menyumbang ke PAMS sebanyak RM500.00
7. PENUTUP
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-6 PAMS (Sesi 2025) telah berlangsung dengan baik dalam suasana yang harmoni dan penuh semangat kekitaan.
Pihak pertubuhan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tuan Presiden PAMS, Dr. Ikeram bin Yan, barisan kepimpinan, Ahli Jawatankuasa serta semua ahli yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat ini.
Semoga segala keputusan, pandangan dan cadangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab demi memperkukuhkan PAMS serta mencapai matlamat pertubuhan pada masa akan datang.
Sebelum itu satu sessi penerangan Jom Kumpul oleh Prof Adnan Abdullah dari pihak JOM KUMPUL. Program ini bagi membantu golongan usahawan bumiputera unutk mengembangkan perniagaan serta dapat menambah pendapatan. Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian Sijil Pelantikan dan Penghargaan kepada semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Yang Berbahagia Dr Ikeram bin Yan, Presiden PAMS menyampaikan ucapan alu-aluan.





Ucapan alu-aluan Presiden PAMS, yang Berbahagia Dr Ikeram bin Yan.

Ahli, Puan Jamaliah Sinong menerima sumbangan di atas pemergian suami tersayang.
Sumbangan kebajikan kepada Puan Betty Lyng atas keperluan ibunya yang sakit.


Sumbangan diterima dari Tuan Haji Shahrudin Abdullah yang menderma ke PAMS sebanyak RM500.oo



Tuan Haji Romi dan juga Encik Abang Ideris menyampaikan beberapa cadangan.

Prof Adnan memberikan ceramah dalam program Jom Kumpul.
