8hb September 2025
Satu kursus bagi penanaman kenaf telah diadakan di Golden Bay Hotel, Bintulu bermula dari 8hb September 2025 sehingga 9hb September 2025. Kursus ini adalah bagi pengenalan kepada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negera (LKTN) serta industri kenaf di Malaysia. Dalam kursus ini para peserta telah didedahkan dengan cara-cara penanaman kenaf, penggunaan jentera mekanisasi kenaf, pengendalian dan pengurusan lepas tuai kenaf, pemprosesan kenaf, potensi dan produk keluaran kenaf dan kenaf sebagai sumber makanan ternakan. Ianya telah disampaikan oleh Pengurus Wilayah Borneo Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Encik Azizi Fikri Mat Fauzi serta 3 orang lagi pegawai kenaf iaitu Encik Mohd Azizi Awang, Encik Nor Asrul Razi Ahmad dan Encik Muhammad Zikri Kasmuni. Peserta- peserta kursus seramai 25 orang dari seluruh bahagian di Sarawak. Penanaman kenaf ini adalah secara kluster (projek perintis) dengan minima penanaman ialah 5 hektar.
Peserta juga telah didedahkan dengan satu tajuk ceramah “Establishment of Borneo Kenaf R&D And Commercialize Centre of Excellence at UPM Sarawak” oleh Dr Syeed Saifulazry Osman Al Edrus.
Pada hari ketiga 10 September 2025 pula Kursus Pengeluaran Makanan Ternakan Sarawak telah diadakan dan disampaikan oleh Dr Mohamad Hakim Ali Hanafiah di UPM Sarawak. Kursus ini merangkumi Asas Pemakan Ternakan Ruminan dan Formulasi Makanan Ternakan Ruminan. Pada sebelah petangnya pula kursus secara praktikal bagi menghasilkan makanan ternakan ruminan telah dijalan bersama perserta.
Kursus ini telah dihadiri oleh Tuan Presiden sendiri, Tuan Ikeram Yan, Puan Masmanis Mohd Yusof dan Encik Abang Ideris Abd Jemali. Sijil kursus telah disampaikan oleh Dr Amy Halimah Rajaee dari Falkulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Sarawak.




