- Menubuhkan dan mewujudkan satu pertubuhan yang berpaksikan anak-anak dari rumpun Melayu di peringkat negeri untuk kepentingan dan faedah kaum melayu dalam lapangan kemasyarakatan, kebudayaan, ekonomi, perniagaan, pendidikan dan sahsiah
- Menyatupadukan kaum melayu dari semua peringkat, khususnya yang tinggal di luar bandar dan pesisiran, bagi menjamin peluang mereka dalam arus pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan.
- Menwujudkan hubungan etnik yang bersatu padu tanpa mengira agama, bangsa, budaya dan sebagainya dalam menjadikan sebuah negara malaysia yang lebih harmoni serta menjalankan pelbagai aktiviti sosial yang berfaedah di peringkat cawangan, daerah dan negeri.
- Menentukan segala aktiviti pertubuhan dan ahli-ahli pertubuhan di semua peringkat selaras dengan tujuan dan matlamat pertubuhan ini.
- Menjalankan kerja-kerja amal secara sukarela untuk mencapai matlamat pertubuhan, memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat.
Membantu dan mewakili masyarakat Melayu, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan kecil-kecilan (dibuang), dalam pelbagai wadah perbincangan dan mesyuarat dengan badan-badan dan agensi-agensi kerajaan bagi mendapatkan peluang-peluang perniagaan.