UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN & HARI MALAYSIA 2026

31 Ogos 2026 & 16 September 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani.

Sempena Hari Kemerdekaan ke-69 pada 31 Ogos 2026 dan Hari Malaysia pada 16 September 2026, saya bagi pihak Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia  khususnya Masyarakat Sarawak yang terdiri dari pelbagai etnik dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemerdekaan bukan sekadar membebaskan negara daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk kita bersama-sama membina sebuah negara yang aman, bersatu, adil, makmur dan sejahtera. Insha Allah saya akan terus komited demi kemajuan untuk ahli-ahli PAMS dan untuk semua yang bersama-sama dengan kami.

Hari Malaysia pula mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan, toleransi dan semangat kebersamaan dalam membina Malaysia yang kukuh serta Sarawak yang terus maju.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, memperkukuhkan perpaduan dan memberikan sumbangan terbaik demi masa depan generasi akan datang.

“Malaysia Teguh Bersama, Sarawak Maju Bersama.”

“Perpaduan Ummah, Meningkatkan Ekonomi.”

Sekian, terima kasih.

Dr Ikeram bin Yan
Presiden
Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *