Kata Aluan Pengerusi

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan  Salam Perpaduan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNya, saya selaku Presiden Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti PAMS walaupun kita dilanda pandemik Covid-19 yang melanda negara kita dan seluruh dunia.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan AJK yang telah dipilih bagi menerajui  kepimpinan sesi tahun ini dan akan datang dapat  menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan untuk  PAMS  mengorak langkah jauh ke hadapan demi mencapai matlamat dan objektif penubuhan PAMS. Secara tidak langsung para ahli turut terlibat memberikan idea dan sumbangsaran mereka  di dalam pertubuhan ini.

Tujuan PAMS ditubuhkan adalah  untuk menterbiahkan pemikiran secara intelek dan merumuskan cadangan- cadangan yang bernas dan relevan mengikut kehendak visi dan misi  dalam perjuangan meningkatkan ekonomi orang kita Melayu, InsyaAllah.

Tugasan ini bukanlah satu perkara yang mudah tetapi  jikalau PAMS tidak memulakan siapa lagi yang akan  mempertengahkannya tanpa mengira elemen politik semasa. Soalannya jikalau kita tidak bermula sekarang bila lagi? Inilah persoalan yang akan kita rungkai dalam erti perjuangan yang kita akan laksanakan.

Akhir kalam, semoga kita sama-sama bergerak maju kehadapan demi generasi kini dan yang akan datang supaya mereka berada dalam lingkungan perjuangan yang lebih baik demi masyarakat , bangsa dan negeri kita Sarawak khasnya dan negara kita Malaysia amnya. InsyaAllah.

Yang benar

 

Ikeram bin Yan

Presiden