9hb September 2025
Mengambil kesempatan yang ada Tuan Presiden, Ikeram Yan bertemu dengan Timbalan Presiden, Prof Ts Dr Bidin Chee Kiffli dan pengurusan atasan PAMS sewaktu berkursus di Bintulu. PAMS dan KOPAMS akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya pada 27 September 2025 di Hawa Katering Banquet Hall, Jalan Astana Kuching. Beberapa perkara telah dibincangkan seperti usul, cadangan serta cadangan
menambah keahlian PAMS dan KOPAMS. Turut sama Tuan Haji Yusuf Abdullah, Encik Abang Ideris Abang Jemali dan isteri serta Puan Masmanis Mohd Yusof. Perbincangan berlangsung selama kira kira sejam di The Roof Top, Golden Bay Hotel, Bintulu, Sarawak.

