Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menganjurkan Kursus Penjagaan Asas Warga Emas Siri 1/2025 seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 11-12 Julai 2025 (Jumaat-Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : The Waterfront Hotel
Objektif kursus ini adalah
a) Memberi pendedahan berkenaan aspek pengetahuan dalam bidang penjagaan dan pengurusan warga emas melalui pembelajaran teori serta praktikal; dan
b) Melatih penjaga warga emas sebagai persediaan komuniti untuk menghadapi isu penuaan.
Sebagai sebuah pertubuhan yang banyak membantu orang di luar sana di dalam kebajikan, kursus yang sebegini yang diadakan amatlah baik bagi memberi latihan kepada peserta. Dua orang ahli telah mewakili pertubuhan iaitu Puan Masmanis dan Puan Maria Salim.

Kunci asas bagi melayani warga emas ialah SABAR serta meletakkan diri kita dalam keadaan mereka. Peserta diajar bagaimana cara-cara menangani/ mengurus diri sekiranya berlaku sesuatu kemalangan seperti terjatuh di atas lantai. Pemakanan yang sihat kepada warga emas, “Occupational Therapy”, bimbingan psikologi dan kaunseling turut diajarsama.

