2hb Julai 2025
Hari Eksport Sarawak telah diadakan di Hotel Imperial Kuching, Sarawak pada 2 dan 3hb Julai 2025 bagi memperkenalkan kepada usahawan-usahawan Sarawak untuk mereka mengeksport barangan masing-masing ke pentas dunia. Seminar dua hari ini antara lain mendedahkan beberapa perkara penting sebagai pengeksport seperti kesediaan eksport, FTA & Logistik, pembiayaan perdagangan, penetapan harga & undang-undang, platform digital merentasi sempadan, peluang pasaran eksport. Beberapa usahawan yang berjaya juga telah memberi tips dan panduan bagaimana barangan tempatan dapat dieksport.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Premier Sarawak, Menteri II Sumber Alam dan Pembangunan Bandar juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Perusahaan dan Pelaburan merangkap ADUN Bukit Sari. Program ini telah dianjurkan oleh MINTRED dan MATRADE.

