21 Mei 2025 (Rabu)
Kuching, Sarawak
Sambutan Hari Ibu peringkat Negeri Sarawak Tahun 2025 telah dianjurkan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Galeri Pustaka Negeri Sarawak pada hari ini. Wakil dari PAMS juga turut mengikuti program ini.
Pelbagai aktiviti dan pameran telah dijalankan di antaranya Pakej Sayang Ibu yang mana di dalamnya terdapat Urutan Kesejahteraan Wanita, ‘manicure’, ‘pedicure’ serta ‘makeover’ dan Pakej Saringan Kesejahteraan Wanira (WCaRe). Selain itu Slot Advokasi – bagi perkhidmatan Klinik Subfertiliti LPPKN dan Program Bantuan IUI dan Advokasi Subfertiliti (BuAI). Bicara Santai ‘Wanita, Ibu dan Masa Depan Negara’ juga diadakan.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi LPPKN, Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim.