27 September 2024
Kuching, Sarawak
Kira-kira pada jam 3 petang bertempat di pejabat PAMS, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai oleh Puan Lee Mei Fa telah hadir bagi membuat kunjungan rutin kepada SUARA PAMS. Pengerusinya, Tuan Awang Badele Awg Ali berkata kepada pihak KDN bahawa Suara PAMS dapat direalisasikan kira-kira suku tahun pertama 2025. Ini adalah kerana bahan terbitan serta penaja sedang giat diusahakan dan dijalankan promosinya buat masa ini. Kelihatan Presiden PAMS, Tuan Ikeram Yan sedang menerangkan kepada pihak Kementerian Dalam Negeri mengenai sejarah penubuhan PAMS. Turut hadir sama Puan Jumatia Hamdan dan Puan Masmanis Mohd Yusof.