PUISI MALAYSIA NEGARAKU TANAH TUMPAH DARAHKU

16 September Hari Malaysia.
Diraikan meriah pelusuk negara.
Bernaunglah kita dalam Malaysia.
Berbilang kaum tetap bersaudara.

Hari Malaysia kebanggaan kita.
Hari penyatuan tiga negara.
Usah disangsi perpaduan kita.
61 tahun telah hidup bersaudara.

3S simbol persaudaraan kita.
Semenanjung Sabah Sarawak itulah kita.
Hidup rukun damai sesama kita.
Elakkan permusuhan dan sengketa.

Dari Perlis hingga ke Sabah.
Negara terbentuk melakar sejarah.
Berbagai ujian Malaysiaku tabah.
Itulah dia negara tumpah darah.

Malaysia Barat dan Malaysia Timur.
Lautan Cina bukan penghalang.
Malaysiaku aman negaraku makmur.
Biarlah ia terus kekal gemilang.

Satu bangsa satu negara.
Bangsa Malaysia itulah kita.
Semangat berjuang untuk negara.
Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Sanggup berkorban jiwa dan raga.
Demi negaraku Malaysia yang tercinta.
Perkauman dan kebencian jangan dilaga.
Akan porak peranda negara kita.

Sudah 61 tahun pembentukan Malaysia.
Kerajaan bertukar silih ganti.
Mandat rakyat jangan dipersia.
Kepada pemimpin yang dihormati.

Wujudnya pemimpin kerana rakyat.
Amanat rakyat tinggi menggunung.
Jika pemimipin mendalangi rakyat.
Di akhirat nanti sendiri tanggung.

Pulau pandan jauh ke tengah.
Gunung daik bercabang tiga.
Hancur badan dikandung tanah.
Pemimpin yang baik dikenang juga.

Buah pauh delima batu.
Anak sembilang ditapak tangan.
Sabah dan Sarawak jauh beribu batu.
Hubungan erat tetap berpanjangan.

Sorong papan tarik papan.
Buah keranji dalam perahu.
Kita rakan dalam perlembagaan.
MA63 kita semua sudah tahu.

Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.
Jadikanlah Malaysia negara terbilang.
Kerajaan yang telus adil dan saksama.

Selamat menyambut Hari Malaysia.

Setulus Ikhlas dari kami,

Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS)
Prof. Ts Dr Bidin Chee Bin Kifli
FCILT
Email : dr.bidincheekifli@gmail.com
Contact : 014 395 8962

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *