30 Ogos 2026
Kuching, Sarawak
Pada hari ini pihak PAMS menyampaikan surat penghargaan dan cenderahati kepada Setiausaha Sulit kepada Yang Berhormat Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Ahli Parlimen P.221 Limbang yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan Malaysia iaitu Tuan Kamarol Johari.
“PAMS mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan yang telah diberikan kepada kami. PAMS juga komited dalam pembangunan demi masyarakat melayu Sarawak” kata Presidennya Dr Ikeram Yan. Penyampaian cenderahati itu berlangsung dalam satu majlis ringkas di Ombak Cafe, Samudera Hotel, Kuching.
Turut hadir sama Encik Noordin Johari Setiausaha Agung, Dr Masmanis Mohd Yusof, Penolong Setiausaha Agung, Puan Maria Salim Bendahari Kehormat dan Puan Jumatia Hamdan, Naib Presiden yang juga Pengerusi Kebajikan PAMS.


