16hb November 2024

Pada hari ini PAMS telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya bagi sessi pembentangan 2023 pada jam 5 petang bertempat di Tingkat 1, Sublot 1. (Survey Lot 14385), Section 65, Kuching Town Land District, Jalan Matang, 93050 Kuching. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Presiden Tuan Ikeram bin Yan. Antara lain dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih kepada Ahli Parlimen YB Dato Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen P 193 Santubong diatas sumbangan beliau bagi ahli-ahli PAMS menjalankan aktivitinya.  Begitu juga kepada Senator YB Dato Ahmad bin Dato Sri Haji Ibrahim, Ahli Dewan Negara yang turut memberi sumbangan bagi membantu PAMS dalam aktiviti kebajikan kepada ahli mahupun masyarakat setempat. Mesyuarat telah dihadiri oleh lebih 40 orang ahli dan Majlis Pimpinan Tertingginya. 

Hanya pada tahun hadapan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi akan diadakan, bagi yang kuat dan mahu menggalas tugas akan diutamakan, kepada yang ingin sama bekerja di dalam pertubuhan hendaklah bersungguh-sungguh bekerja serta menunjukkan prestasi mantap supaya PAMS akan sama berada dengan NGO lain.  Selain itu Presiden juga menegaskan bahawa dalam jangkaan masa 3 tahun mendatang koperasi akan sedia bergerak maju bagi membantu anggota-anggotanya di bawah pimpinan Pengerusi, Prof Ts Dr Bidin Chee Kifli.

Mesyuarat tamat pada jam 6.15 petang.

Dalam sessi berikutnya iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi bagi tahun kewangan berakhir 30/4/2024 telah berlangsung. Koperasi hanya berusia setahun lima bulan dan sudahpun mula melabur dalam saham KOPSYA pada Januari 2024 yang lepas.  Mesyuarat telah dibentangkan oleh Setiausaha ,Puan Masmanis Mohd Yusof. Turut hadir sama ialah Puan Rodzalina binti Sabri, pegawai dari SKM Bahagian Kuching. Mesyuarat ditutup pada jam 7.15 petang.

 

    

  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *