5hb April 2024

Kuching, Sarawak

Pada hari ini PAMS telah mengadakan majlis bersungkei bersama ahli-ahli bagi meraikan golongan asnaf, ibu tunggal dan juga anak-anak yatim. Majlis bersungkei itu telah dijalankan di Biebot Kitchen, Matang, Kuching, di sini.  Presidennya Tuan Ikeram bin Yan berkata golongan yang diraikan itu sejumlah 15 orang adalah bagi memberikan sedikit bantuan bakul makanan kepada golongan tersebut. Selain dari itu ia juga dapat memberi kegembiraan kepada golongan ini ketika menyambut Aidilfitri yang tinggal beberapa hari saja lagi. Anak anak yatim juga diberikan sumbangan duit hari raya. Sumbangan yang diperolehi sebahagian dari Tabung Baitulmal Sarawak dan orang orang perseorangan yang sudi menghulurkan dana. Presiden juga berharap pada tahun tahun akan datang akan diadakan majlis seumpamanya lagi dengan lebih ramai lagi yang dapat ditolong. Timbalan Presiden 1 nya, Prof Ts Dr Bidin Chee juga turut memberikan sedikit info mengenai koperasi PAMS pada petang tersebut.

 

   

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *