Kuching, 29 Januari 2026
Pada hari ini PAMS telah berjumpa dengan Timbalan Datuk Bandar, Datuk Zaidi Suhaili bagi membincangkan lokasi yang akan digunapakai serta ingin mendapatkan persetujuan penuh bagi PAMS mengadakan Torque of Borneo 2026 yang bakal berlangsung pada 1-3 Mei 2026.
Dalam pertemuan itu Pengarah Program Torque Of Borneo 2026 PAMS Encik Shirajuddin Bolhi menerangkan bahawa acara yang sepatutnya dilangsungkan pada akhir bulan Januari dan awal Febuari 2026 di Mydin Petra Jaya telah ditunda disebabkan kes kebakaran yang berlaku di Mydin Petra Jaya awal Januari 2026. “Kami memilih Majlis Bandaraya Kuching Selatan tempat baru sesuai dengan acara yang bakal di adakan. Lebih kurang 80 buah booth pemamer telah disediakan. Pengunjung yang bakal hadir dijangka mencecah ke 400-500 ribu sepanjang 3 hari berlangsung memandangkan ianya satu acara berskala besar dan peserta yang di jemput adalah dari Kalimantan Barat (Pontianak), Brunei, Singapura dan Semenanjung Malaysia.”
Acara karnival pemotoran ini (2 tayar dan 4 tayar) yang julang kalinya diadakan dan juga memberi peluang dan ruang kepada usahawan-usahawan pemotoran lain. Kami juga akan bekerjasama dengan ANGKASA Sarawak, Kementarian Pelancungan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Majlis Seni Sarawak, Sarawak Tourism Board, Jabatan KEMAS, PEKEMA dan lain-lain lagi. Selain itu pengunjung juga dapat terlibat sama dengan acara seperti cabutan bertuah, esport games, pertandingan mewarna dan peragaan pakaian kanak-kanak. Antara lain yang bakal memikat hati pengunjung juga ialah Karnival Jualan Rahmah Madani yang dikendalikan oleh ANGKASA.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Kaunselor Syafiq, Kaunselor Lily, Kaunselor Albert Tay dan Encik Govinda Nair dari pihak MBKS dan Presiden PAMS, Tuan Ikeram Yan, Penolong Setiausaha Agung Puan Masmanis Mohd Yusof, Pengerusi Kebajian Puan Jumatia Hamdan, Encik Nor Ikwanizam dan Cik Lieyana Lamat masing-masing pegawai pengurusan acara.

