Kuching
20hb Disember 2025
Pada hari ini PAMS Biro Kebajikan telah membantu adik Izdiyad Darwisy Muhammad Nur bin Ibrahim yang mengalami patah tulang pinggul dan lutut akibat kemalangan. Adik Izdiyad baru berusia 20 tahun. Bapanya Encik Ibrahim bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Bagi membantu meringan beban, Biro Kebajikan PAMS telah menyumbang beberapa keperluan barang makanan. Sumbangan ini telah disampaikan kepada ibu adik Izdiyad Darwisy Muhammad Nur di rumah kediaman beliau sendiri. Sewaktu kami datang adik Izdiyad hanya terlantar di katil. Selain itu PAMS turut menerima sumbangan dari seorang hamba allah. Semoga sumbangan pahala beliau diterima menjadi salah satu amal kebajikannya. Alhamdulillah sewaktu sumbangan disampaikan juga kelihatan adik Izdiyad sudah beransur pulih. Semoga PAMS akan terus membantu meringankan beban kepada masyarakat sekeliling yang memerlukan.
Sumbangan ini disampaikan oleh Puan Jumatia Hamdan, Puan Masmanis dan Tuan Ikeram Yan.


terima kasih kepada Hamba Allah yang sudi menyumbang. Semoga terus sama-sama beramal.