24hb Mac 2025

Satu majlis sumbangan kepada asnaf dan ibu tunggal telah diadakan di Hawa Steamboat BBQ Jalan Astana, Kuching pada hari ini.

Seramai kira-kira 16 penerima sumbangan telah bersama sama dengan Presiden dan Majlis Pimpinan Tertinggi yang lain telah menerima sumbangan bakul makanan bagi tujuan meringankan beban sempena Aidilfitri yang bakal tiba pada minggu depan. Penerima sumbangan juga diajak bersama-sama menikmati hidangan berbuka puasa.

Takzirah Ramadan juga telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mahzan Wan Alik penceramah bebas MIS003175 sebelum majlis iftar bermula.

Antara lain dalam ucapan Presidennya Tuan Ikeram bin Yan

“Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tabung Baitulmal Sarawak, yang buat tahun kedua berturut-turut telah menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program kebajikan ini. Sumbangan ini amat bermakna dalam meringankan beban golongan yang memerlukan, terutama dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Terima kasih juga kepada orang perseorangan yang turut menyumbang dalam majlis ini.

PAMS sentiasa komited dalam melaksanakan aktiviti kebajikan, bukan sahaja dengan menyantuni golongan asnaf dan ibu tunggal, tetapi juga dalam membantu mangsa rumah hangus, warga emas yang tidak berupaya, serta memberikan khidmat nasihat dan perundangan kepada ibu tunggal yang memerlukan bimbingan. Usaha ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terjaga.

Hari ini, kita bukan sekadar menyalurkan bantuan dalam bentuk bakul makanan, tetapi juga ingin menyemai rasa kasih sayang dan kebersamaan dalam masyarakat. Semoga dengan sumbangan ini, mereka yang menerima turut merasai kegembiraan menyambut Ramadan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang.

Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dan mencari keredhaan Allah SWT. Ketika kita hampir memasuki 10 malam terakhir Ramadan, marilah kita bersama-sama meningkatkan ibadah, memperbanyakkan sedekah, dan berdoa agar Allah mengampuni dosa-dosa kita serta memberikan keberkatan dalam kehidupan kita semua.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha kita diterima sebagai amal soleh dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.”

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Presiden Tuan Ikeram Yan bersama-sama Majlis Pimpinan Tertinggi yang lainnya.

Dalam majlis yang serba ringkas itu antara lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Dr Rasid Seli, Setiausaha Agung Encik Noordin Johari, Majlis Pimpinan Tertinggi, Dr Rabaah Tudin, En Awang Badele, Puan Jumatia (Pengerusi Biro Kebajikan), Puan Masmanis Mohd Yusof dan Puan Maria Salim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *