27 hb February 2025

Borneo Convention Centre Kuching

Program Jom@Coop telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching ( BCCK) oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMa) . Program itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Sri Haji Mohd Naroden bin Haji Majais, Penasihat Perusahaan Kecil Dan Sederhana Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri & Pelaburan Sarawak. Selain itu Yang Berusaha Puan Hamidah binti Mohd Jos, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) , Encik Norazlan bin Haji Aniar, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Sarawak Dan Encik Mortadza Manterang Setiausaha Angkasa turut sama hadir.

Dalam program yang berlangsung itu juga peserta telah diberikan  maklumat mengenai peranan IKMa dan SKM serta kewujudan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang sudahpun berkonvokesyen yang pertama pada 20hb Februari 2025.

Selain itu kepentingan telnologi AI ( Artificial Intelligence) di masa sekarang sangat sangat digalakkan bagi mempercepatkan urusan, menganalis data, mengurus kewangan, muzik, mencipta video dan imej grafik dengan hanya di hujung jari. Peserta didedahkan dengan ChatGPT, Tik Tok, Insta, Capcut dan menambah Gamma AI, Leonardo.Ai, PicVerse, Suno dan inVedio. Ceramah ini disampaikan oleh Pn Dorthy Steven.

Antara koperator yang hadir Pn Jumatia Hand and, Puan Maria Salim dan Puan Masmanis Mohd Yus of.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *