25hb Disember 2025
Kuching, Sarawak
Pada hari ini, PAMS telah menghantar sumbangan kepada dua orang asnaf yang berada di Kampung Sejingkat, Kuching. Asnaf yang pertama Puan Malah binti Samat (541212135014) adalah warga emas yang tinggal berdua sahaja bersama suami yang juga sudah tua di dalam rumah mereka. Asnaf yang kedua pula ialah Encik Dabang bin Ajis (371213135009). Dua orang pegawai JKKK Kampung iaitu Encik Yusoff bin Mosli (Biro Kebajikan) dan Mohd Nazari bin Reduan (Ahli Jawatankuasa JKKK) telah bersama kami semasa penyampaian sumbangan tersebut.
Rumah Puan Malah terletak di atas bukit, perjalanan menggunakan titi kayu juga keadaan titinya sudah mereput. Selain dari bakul makanan keluarga asnaf ini boleh dibantu dengan cara bergotong royong membersihkan kawasan rumah mereka.