20hb November 2024
Kuching, Sarawak
Pada hari ini Biro Kebajikan PAMS telah menghulurkan sumbangan kepada Encik Zainal Abidin bin Abang. Beliau menjadi kurang upaya disebabkan kurang bergerak dan terlantar di katil. Beliau dan keluarga tinggal di Taman Sukma, Kuching. Atas rasa simpati pihak PAMS pada hari ini telah menyumbang sedikit jumlah tunai agar dapat menampung perbelanjaan perubatan yang agak tinggi terhadap beliau.
Seorang lagi orang kurang upaya diam di Kampung Samariang Batu. OKU ini tidak berapa sihat dari segi mentalnya dan mengambil ubat-ubatan tanpa culas setiap hari. Rumah yang didiam atas ihsan daripada abang kandungnya. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAMS yang sekurang-kurangnya telah meringankan beban beliau. Hadir sama Puan Jumatia Hamdan dan Puan Masmanis Mohd Yusof.