17hb November 2024

Kg Nyelitak Jaya, Simunjan

Pada hari ini seramai kira-kira 20 orang ahli PAMS termasuk Presidennya telah mengetuai perjalanan ke Kampung Nyelitak Jaya, Simunjan di sini hari ini.   Kawasan ini sekarang telah ditempatkan di dalam Bahagian Serian. Seawal kira-kira jam 7 pagi kami semua telah berangkat dari bandar Kuching ke kampung tersebut. Perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit.  Kami semua berhenti untuk minum pagi di Bandar Serian. “Untuk program khidmat masyarakat pada kali ini kami memilih Kampung Nyelitak Jaya, Simunjan bagi kami membersihkan masjid ini, kita ambil yang luar dari kawasan Kuching” kata Pengerusi Programnya Puan Maria Salim.

Antara lain kami telah membersihkan kawasan masjid secara bergotong royong termasuk menyapu, mengemop, membersihkan sawang-sawang, memotong rumput dan  memasang 2 unit lampu solar.  Orang kampung turut membantu serta kami dapat berkenal mesra dengan penduduk setempat. Antara yang turut serta dalam program tersebut ialah

1.En. Zainuddin bin Ariffin (Pengerusi Masjid Al- Falah)
2.KK. Abd Aziz b Dollah (Merangkap Setiausaha Masjid)
3.En. Mohd. Jazmy b. Affendy ( Bendahari)
4.Ust. Saifi bin Anis (Pegawai HIKMAH, Penyelia Zon Balai Ringin)
5. Amir Ridzwan b Abdullah (Guru Agama)

Sebagai tanda kenang-kenangan PAMS telah menanam 2 pohon mata kuching. Ianya ditanam bersama-sama Tuan Ikeram Yan, Prof Ts Dr Bidin Chee, Dr Rasid Seli, Puan Maria Salim dan sejumlah ahli-ahli PAMS yang sama turut dalam program kali ini.

Selesai bergotong royong kami semua solat berjemaah di masjid dan telah diimamkan oleh Ustaz Saifi bin Anis, Pegawai HIKMAH.

Kami juga telah dijamu makan tengahari oleh penduduk yang telah berganding bahu memasak untuk kira-kira 50 orang termasuk ahli PAMS dan penduduk setempat. Antara ahli yang memasak ialah Pn Siti bt. Spiee, Pn Noriah Ibet, Pn Ginju Jani dan Pn Rohani Abdullah.

“Rasa syukur, gembira, terkesan dihati yang paling dalam kerana ada badan NGO yang sudi melawat kami disini dan sama bergotong royong membersih masjid walaupun penduduk beragama Islam dalam kira-kira 20 peratus sahaja memandangkan yang lainnya beragama Kristian dan lain lain” begitulah antara ucapan dari KK Abd Aziz Dollah.

“Kampung Nyelitak Jaya ini adalah antara kampung yang di dalam jagaan dan pantauan pihak HIKMAH” kata Pegawainya Ustaz Saifi bin Anis.

Kami semua bertolak pulang jam 2.30 petang.

Singgah di pekan Serian mengalas perut .

 

 

Jalan masuk ke Kampung Nyelitak Jaya, Simunjan

 

   

Prof Ts Dr Bidin Chee berucap menutup majlis, disusuli Tuan KK Abd Aziz Dollah dan Ustaz Saifi Anis. Penerangan tentang keujudan PAMS oleh Presiden Tuan Ikeram serta penduduk yang minat untuk bertanam.

 

 

 

Pemasangan solar di sudut masjid sebanyak 2 unit.

 

Kawasan masjid turut sama dibersihkan, Presiden turut memotong rumput dan kesemua ahli bergading bahu dan bersama-sama bergotong royong.

Solat berjemaah bersama-sama dengan penduduk kampung.

 

Gambar beramai-ramai sewaktu penanaman pokok mata kucing sebagai kenang kenangan ahli-ahli PAMS ada menghulur tangan program gotong royong.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *