15 Oktober 2024
Kuching, Sarawak
Satu Bengkel Percukaian Koperasi bagi tahun 2024 bagi kawasan Kuching dan Samarahan telah diadakan bertempat di Angkasa Negeri Sarawak, Kuching. Dalam bengkel ini ditekankan cara-cara penggunaan e-invoicing serta cara-cara menghantar dokumen secara dalam talian terus menerusi lamanweb LHDN. Dua orang pegawai yang bertanggungjawab telah menyampaikan taklimat serta ceramah ialah Encik Abdul Rahman Sharifuddin dan Encik Fakhrusy Syakir Ahmad Nawawi yang kedua-duanya merupakan pegawai percukaian ARC. Lebih 40 buah koperasi turut sama hadir dalam bengkel ini. Bengkel ini dirasmikan oleh Pengerusi Angkasa Sarawak, Tuan Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Turut bersama pada hari tersebut ialah Pengurus Kanan Angkasa Encik George Aiman Milin. Bengkel dihadiri oleh Puan Jumatia Hamdan dan Puan Masmanis Mohd Yusof.