KUCHING – PAMS mengorak selangkah kehadapan dengan penubuhan Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (Koperasi PAMS Berhad). Mesyuarat penubuhan Koperasi PAMS Berhad telah berlangsung di Aras 2, Pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuching dengan dihadiri 20 lebih orang. Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi menyaksikan Prof Ts Dr Bidin Chee Kifli sebagai Pengerusi, dibantu oleh Ts Dr Ishak Johari sebagai Timbalan Pengerusi, manakala jawatan Setiausaha disandang oleh Puan Masmanis Mohd Yusof, Bendahari oleh Puan Hasni Abd Khalik dan Encik Fudin Chee Kifli, Encik Noordin Johari, Tuan KK Hajili Amir, Encik Yahya Engga dan Puan Jumatia Hamdan masing masing sebagai Ahli Lembaga Koperasi bagi sessi 2023/2024.

Tuan Ikeram Yan, Encik Rasid Seli dan Encik Yusuf Abdullah diletakkan sebagai Penasihat Panel Dalaman koperasi, manakala Juruaudit Dalaman pula ialah Encik Ramli bin Bujang dan Puan Maria Salim. Turut hadir sama pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Puan Rozalina Sabri dan Encik Sulaiman Mohd Busrah.

Dalam pada itu Koperasi PAMS menyasarkan aktiviti utamanya ialah pertanian dan penternakan, perkhidmatan, pengurusan acara dan kontraktor serta beberapa aktiviti lainnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *