Presiden PAMS, Tuan Ikeram bin Yan dan isteri mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 dan Selamat Menyambut kedatangan Bulan Rejab yang mulia kepada ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, ahlijawatankuasa serta semua ahli-ahli PAMS. Dalam ucapan ringkas beliau mendoakan kepada semua ahli-ahlinya supaya sentiasa dapat bersama berkongsi idea dalam menerajui PAMS untuk maju bersama kehadapan. “Kita juga akan sentiasa menyokong Kerajaan Sarawak dalam mencapai hasrat YAB Premier Sarawak, YAB Dato’ Sri Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Abang Openg bagi memajukan rakyat Sarawak terutama dalam pembangunan arus yang pesat membangun sama seperti di Semenanjung. Semoga Sarawak akan sentiasa Maju Makmur!
Tidak juga dilupakan dengan kedatangan Bulan Rejab bermakna hanya tinggal dua bulan sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadan. InshaAllah PAMS bersama badan kerajaan lain seperti Baitulmal Sarawak akan cuba membantu lagi golongan yang kurang berkemampuan bagi mereka menyambut kedatangan Aidilfitri yang akan datang.
Akhir kalam, Presiden mendoakan kejayaan semua ahli-ahlinya dan berharap PAMS juga akan turut maju, terkenal, termashyur serta lebih disanjungi.