Tanggal 22 Julai Hari Sarawak.
Diraikan sesama rakyat jelata.
Anak Sarawak miak serawak.
Bersatu hati seiring sekata.
Anak Sarawak miak serawak.
Hidup damai berbilang bangsa.
Sama-samalah kita jaga Sarawak.
Untuk generasi dan anak bangsa.
Burung terbang dipipiskan lada.
Mat Jenin tidur berangan.
Bumi Sarawak bumi berada.
Jangan sampai berpindah tangan.
Dari mana punai melayang.
Ke sawah terus ke padi.
Bumi Sarawak bumi tersayang.
Berfikir dahulu sebelum terjadi.
Asal sireh pulang ke gagang.
Asal susu menjadi keju.
Amanat rakyat harus dipegang.
Sarawak makmur terus maju.
Asal ikan pulang ke lubuk.
Ibarat keris pulang ke sarung.
Kerjasama erat harus dipupuk.
Pemimpin dan rakyat saling bergabung.
Ada kapal nakhoda tiada.
Ada perahu tiada pendayung.
Pemimpin kita harus sekata.
Agar rakyat terus menyanjung.
Buah cempedak buah nangka.
Buah rambutan banyak isi.
Pemimpin kita jangan berleka.
Tunaikan janji visi dan misi.
Bulat air kerana pembentung.
Sebulat hati membawa berkat.
Rakyat Sarawak akan beruntung.
Jika pemimpin sentiasa bermuafakat.
Bumi Sarawak bumi berada.
Namanya harum cukup terbilang.
Teruskan usaha berlipat ganda.
Pimpinlah Sarawak terus gemilang.
Asal kapas menjadi benang.
Dari benang dibuat kain.
Pemimpin yang lepas tetap dikenang.
Biarpun ada pengganti yang lain.
Hendak ke mana mahu ke mana.
Malu bertanya sesat jalan.
Jagalah Sarawak mena-mena.
Pesanan Tok Nan jadikan amalan.
Mun sik kita sapa gik…u..u…
Selamat Menyambut Hari Sarawak
Setulus ikhlas dari kami,
Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS)
Prof. Ts Dr Bidin Chee Bin Kifli FCILT
Email : dr.bidincheekifli@gmail.com
Contact : 014 395 8962