23 September 2024

Kuching, Sarawak

Pihak Biro Kebajikan PAMS pada kali ini telah menziarahi Puan Golnar bin Daud di kediaman beliau sendiri di Kuching. Beliau sudah 2 tahun bertarung melawan sakit kanser payudara. Puan Golnar juga amat berbesar hati dan sekaligus merasa terharu atas kedatangan dari pihak PAMS.  Kami hadir dalam bilangan yang sedikit bagi menghormati keadaan beliau yang sakit. Beliau juga merupakan penduduk Kampung Loba Kara, Petra Jaya, Kuching di kawasan Santubong. Antara yang turut hadir sama ialah Puan Malika dam Puan Hasmawati Sait.  Sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Puan Masmanis Mohd Yusof.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *