Kuching -26hb April 2024

PAMS hari ini telahpun membantu seorang ahlinya Encik Wan Chee Wan Mahjar yang bakal menjalani pembedahan pada akhir bulan Mei 2024 atau Jun 2024.  Walau pun sumbangan tidak begitu besar namun diharapkan dengan bantuan yang dihulurkan ini dapat meringankan beban ahli. Encik Wan Chee Wan Mahjar mengidap diabetes yang agak kronik. Beliau pernah menjalani pembedahan memotong ibu jari kakinya sedikit masa dahulu.  Sekarang beliau berdepan dengan sakit di bahagian pundi kencingnya. Dalam lawatan singkat sambil menziarahi sempena Hari Raya Aidilfitri Encik Hasbullah Sa’adun mewakili Tuan Presiden telah menyampaikan sumbangan tersebut. Turut hadir sama Puan Masmanis Mohd Yusof, Puan Jumatia Hamdan dan Puan Sahdiah Saadan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *