31 Januari 2024
Koperasi PAMS turut serta dengan program turun padang iaitu program memasyarakatkan Koperasi Madani yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Kuching, Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Willie Anak Mongin, Lembaga Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Merangkap Ahli Parlimen P-198 Puncak Borneo. Antara lain yang diwar-warkan adalah geran-geran yang boleh dipohon oleh mana-mana koperasi bagi memantapkan lagi perniagaan masing-masing.