KUCHING – 13 Disermber. Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) menganjurkan program pemerkasaan Digital Sarawak dalam perniagaan dengan membina website sendiri. Peserta program terdiri daripada usahawan mikro dan sederhana menyambut baik peluang itu. Walaupun tempoh bengkel ini agak singkat para peserta didedahkan kepentingan seseorang peniaga perlu ada website sendiri bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan jualan. Ketika ditemui pemberita, penceramah undangan Dr. Ishak Johari yang juga Ahli Kehormat PAMS menzahirkan keyakinan bahawa dengan adanya website sendiri, para peniaga dapat meluaskan pasaran produk-produk bukan sahaja kawasan setempat tapi keseluruh negara seperti dalam aplikasi popular lazada.com dan shopee.com.
“Website bukan sahaja untuk menyalur maklumat pihak kerajaan, NGO, malah ia sebagai alat untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan gedung pembelian secara maya”. Orang boleh membeli secara online dan kita perlu pantau website kita sendiri. Kebaikannya, kebocoran data peribadi dapat di benteras” Ujarnya lagi.
Program turut dihadiri Presiden PAMS Tuan Ikeram Yan, Dewan Usahawan Melayu Sarawak (DUMS), Ahli-ahli Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) dan Persatuan Usahawan Kecil Wanita Sarawak. Presiden PAMS mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini dengan harapan agar masyarakat Melayu sarawak terus kehadapan dalam Ekonomi Digital di Sarawak. Program ini adalah percuma untuk ahli PAMS dan akan dijalankan beberapa siri iringan selepas ini.
sememangnya ilmu ini amat memberi manfaat kepada kami peniaga atau usahawan tempatan yang baru untuk meluaskan peniagaan kami..terima kasih.
Alhamdulillah