Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan sessi taklimat di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Zon Sarawak dengan lebih 10 NGO termasuk PAMS bagi membantu golongan B40 yang berdaftar dalam ekasih mendapat kemahiran dalam keusahawanan seterusnya menjana pendapatan sampingan. Jabatan Keluarga Wanita Sarawak bersama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan turut hadir bersama. Peserta peserta akan disenaraipendek dari NGO Dan data dalam ekasih. Taklimat disampaikan dari KPKT dan YBrs Dr Zulfar Yadi Brenden Abdullah Dari KPWKKK. Program ini dijangka akan dimulakan pada awal tahun hadapan.