Sri Aman – Koperasi Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak Berhad (Koperasi PAMS Berhad) telah menghantar kesemua Ahli Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit dan beberapa anggotanya untuk menyertai     selama 2 hari di Hotel Seri Semanggang, Sri Aman pada 14.3.2023 sehingga 15.3.2023.

Kursus ini menekankan tentang kuasa dan kewajipan JAD dalam menguruskan akaun koperasi supaya ianya mengikut landasan yang betul tanpa boleh dipersoalkan oleh anggota koperasi akan kesahihan perjalanan operasinya mengikut Undang-undang Kecil Koperasi. Risiko dan Sistem Kawalan Dalaman juga dititikberatkan dalam kursus tersebut. Kursus telah disampaikan oleh Encik Hamizah bin Mohd Nadzir dan Puan Nur Fatin Binti Ahmad dari Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak (IKMa). Sijil penyertaan para anggota telah diterima oleh Pengerusi Koperasi PAMS Berhad iaitu Prof Ts Dr Bidin Chee Kifli.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *