Presiden serta seluruh ahli Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak mengucapkan salah takziah kepada ahli keluarga arwah Tuan Haji Hajili Amir yang telah kembali kerahmatullah pada 22 April 2026. Pihak PAMS juga telah menghulurkan bantuan serta menyerahkan balik syer arwah di dalam Koperasi PAMS kepada waris arwah iaitu isteri beliau sendiri di kediamaanya di Kampung Telaga Air, Kuching. Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Agung PAMS, Encik Noordin Johari.

Selain itu satu lagi berita kematian ahli keluarga terdekat Dr Thomas Syafiq Abdullah iaitu ibu kandungnya juga telah meninggal dunia. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Presiden PAMS iaitu Dr Ikeram bin Yan kepada Dr Thomas Syafiq Abdullah di Kuching, Sarawak.

Seluruh ahli PAMS turut berdukacita atas berita sedih ini dan berharap keluarga tabah menghadapi ujian ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *