10Mac 2026 / 20 Ramadan 1447H

Kuching, Sarawak

Pada hari ini Institut Koperasi Malaysia, Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) telah mengadakan Program Bicara Ilmu Ramadan “Bisness Tanpa Manipulasi: Pengajaran Ramadan” di Hotel Riverside Majestic Puteri Wing, Level 3, Kuching, Sarawak.

Majlis telah dibuka dengan alunan merdu bacaan Ayat Suci Al Quran. Ceramah Ramdan 1 – Ceramah Pemasaran Berprinsip : Antara Promosi dan Exploitasi telah disampaikan oleh Dr Fadilah binti Siali Pensyarah Kanan/Koordinator Program Pengurusan Khidmat Kewangan dari Falkulti Ekonomi dan Perniagaan, UNIMAS. Di dalam modul bisnes perniagaan, antara prinsip yang perlu dipegang sesuai dengan pemasaran beretika adalah  prinsip 4P  iaitu Product (produk), Price (harga), Place (tempat pengedaran)  dan Promotion (promosi).

Seterusnya Ceramah Ramadan 2 – Strategi Pintar, Etika Terpelihara disampaikan oleh Pencetus Ummah -PU Rahmat yang mengingatkan setiap bisnes perniagaan hendaklah bersikap jujur, amanah serta menggunakan strategi pintar yang mematuhi undang-undang agar etika dalam berbisnes akan terpelihara.

Dalam perkara lain, menyentuh hal Torque of Borneo, pihak Supernau Motors Sdn Bhd menyatakan hasrat  bekerjasama bersama PAMS untuk acara yang bakal datang pada 1 -3 hb Mei 2026 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Turut hadir ahli-ahli ialah Puan Masmanis Mohamed Yusof, Puan Jumatia Hamdan, Puan Maria Salim, Puan Hajah Shamsiah Abdullah, Encik Shirajuddin Bolhi dan Encik Nur Ikwan.

Perasmian penutup program telah dirasmikan penangguhannya oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Ali bin Mansor, Ketua Pengarah, Institut Koperasi Malaysia. Semua koperator telah bersama-sama berbuka puasa selesai program berlangsung.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *