28 Oktober 2024
Kuching, Sarawak
Koperasi Syariah Angkasa Berhad (Kopsya) telah mengadakan Majlis Makan Malam bersama dengan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi di Puteri Wings, Riverside Majestic Hotel Kuching pada malam ini. Makan malam ini diadakan bagi menyampaikan samada keanggotaan baharu atau penambahan syer dalam saham Koperasi Syariah Angkasa Berhad.
Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah Presiden Angkasa bersama dengan Pengerusi Angkasa Negeri Sarawak Wan Azizan Wan Zainal Abidin telah menerima syer tambahan sebanyak RM9,000.00 menjadikan syer KoPAMS kini berjumlah RM10,000.00. Hadir bagi mewakili KoPams ialah Tuan Presiden PAMS, Tuan Ikeram Yan sendiri bersama Setiausaha Puan Masmanis Mohd Yusof. Sebanyak lebih 50 koperasi lain turut hadir samada menjadi anggota Kopsya baru atau pun menambah model syer masing-masing.