15hb Oktober 2024

Kuching, Sarawak

Pada hari ini, PAMS telah mengadakan mesyuarat kepada Majlis Pimpinan Tertingginya yang telah dipengerusikan oleh Tuan Ikeram bin Yan. Mesyuarat pada kali ini telah diadakan di Pejabat MB Edulink Sdn Bhd di Jalan Merdeka, Kuching. Antara lain mesyuarat ialah bagi menerangkan aktiviti aktiviti yang bakal dijalankan beserta Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun berakhir 2023.  Secara dasarnya ahli MPT PAMS bersetuju memilih di Pa Rim Pan Cafe di Metrocity, Kuching pada 16hb November 2024 kelak bagi mesyuarat tahunannya. Notis akan dikeluarkan 2 minggu awal beserta dengan kertas usul dan cadangan. Bagi aktiviti pula, Puan Maria Salim akan mengurus untuk bertemu, berjumpa penduduk kawasan Kampung Nyelitak, Simunjan bagi tujuan untuk membersihkan surau di kawasan tersebut untuk program ‘outreach’. Puan Jumatia Hamdan juga dalam masa terdekat akan mengurus kepada 5 orang (senarai telah diberikan) golongan asnaf, miskin dan kurang upaya untuk disampaikan sumbangan. PAMS juga bercadang untuk memanggil pegawai dari Lembaga Tembakau dan Kenaf Negara yang berpusat di Bintulu untuk menerangkan tentang pertanian kenaf kepada ahli-ahli PAMS.  Presiden PAMS, Tuan Ikeram Yan turut membaca doa selamat kepada perpindahan  pejabat baru MB Edulink Sdn Bhd yang dipunyai oleh ahli PAMS iaitu Puan Maslamah Zakaria.

Mesyuarat telah ditutup pada jam 5 petang dengan jamuan ringan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *