27 Og0s 2024
Kuching, Sarawak
Angkasa Sarawak telah mengadakan seminar pencerahan mengenai penggunaan dan kepentingan Artificial Intelligence -AI bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Puan Irdawaty Jamrah berkelulusan sebagai Master Trainer eUsahawan dan juga Encik Hanafiah Othman, Penolong Pengurus, Sektor Inovasi & Teknologi, Angkasa Kelana Jaya. Program ini telah di rasmikan oleh Tuan Fathi Hambali, Timbalan Pengerusi, Angkasa Negeri Sarawak. Koperasi PAMS telah dihadiri oleh Dr Ishak Johari, Puan Masmanis Mohd Yusof, Puan Jumatia Hamdan, dan Encik Raini. Penggunaan ChatGPT, Canva, Suno, Kling dan pelbagai applikasi lain telah dipelajari.
28 oGOS 2024 dan 29 Ogos 2024
Sementara itu pada 28 – 29 Ogos 2024 pula pihak Angkasa telah mengadakan Bengkel Penggunaan Media Sosial bagi applikasi Tik Tok dan Insta Dalam Perniagaan Koperasi. Bengkel ini memakan masa selama 2 hari di tempat yang sama. Dalam bengkel ini ditekankan penggunaan tik tok perniagaan yang boleh mengetengahkan produk koperasi masing-masing dengan menggunakan Capcut. Peserta bagi Koperasi PAMS dihadiri oleh Puan Masmanis Mohd Yusof, Puan Maria Salim dan Puan Jumatia Hamdan.