16 Mac 2026
Pada hari ini telah diadakan pertemuan dengan Pejabat KEMAS Bahagian Kuching di Metrocity Kuching. Dalam pertemuan itu telah dibincangkan mengenai acara yang bakal ditunggu iaitu “Torque Of Borneo” yang dijadualkan pada 1 – 3 Mei 2026 di Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Kuching.
“Untuk penyertaan mewarna kanak-kanak dan peragaan fesyen, untuk kami di pihak KEMAS tidak menjadi masalah dari segi bilangan penyertaan” begitu yang dinyatakan oleh Puan Hazlinah Samsir Pegawai KEMAS Bahagian Kuching.
Satu perbincangan khusus mengenai jumlah penyertaan, yuran kemasukan, hadiah hadiah pemenang serta hadiah saguhati serta sarapan pagi (ringan) kepada semua peserta pertandingan. Pertandingan mewarna telah ditetapkan pada 2 Mei 2026 sehingga 200-300 penyertaan manakala bagi peragaan fesyen pula pada 3 Mei 2026 dengan jumlah penyertaan seramai 100 orang. Bersama-sama dengan perbincangan tersebut ialah pegawai-pegawai penyelia dari Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dari setiap parlimen iaitu Puan Chahaya Jol, Puan Aniza Bentani, Puan Hajijah Tabi, Puan Sakinah Abas serta pegawai Puan Hazlinah Samsir.
“Kami menyasarkan seramai 600 penyertaan dengan yuran RM30, namun khusus untuk KEMAS, kita mengambil kata sepakat yuran RM20 dikenakan sebagai yuran komitmen dengan segala permintaan yang akan dipenuhi oleh pihak kami” begitu kata Pengurus Acara untuk Torque Of Borneo. Pertemuan berlangsung lebih 2 jam itu berakhir pada jam 11.30 pagi. Walaubagaimanapun segala penyertaan kelak akan diisi menerusi borang ‘google’ bagi melihat penyertaan yang akan ditutup pada 10 April 2026 untuk tindakan seterusnya. Antara yang hadir bagi pihak PAMS ialah Puan Masmanis, Puan Jumatia, Cik Liyana, Encik Nor Ikwan dan Encik Shirajuddin Bolhi -Pengurus Acara Torque Of Borneo.

