Kuching, Sarawak
Pada 13 hingga 20 September 2024 yang lepas temasya sukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) telah mengadakan acara akuatik terjun bertempat di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dalam acara sukan yang tersebut, Adik Nur Ikmas Darwisyah binti Ikeram telah memenangi tempat pertama acara 1M Papan Anjal dan 3M Papan Anjal. Ucapan tahniah ini ditujukan kepada beliau sebagai pemangkin kepada semua pelajar di luar sana untuk sama-sama mencapai kejayaan di masa akan datang dalam pertandingan yang berpretij besar.
“Kita yakin Sarawak mampu menang besar dan mengharumkan nama Sarawak dalam Malaysia” kata Presiden PAMS Tuan Ikeram Yan yang juga selaku Pengurus Pasukan Akuatik Terjun Sarawak dalam Sukan SUKMA yang berlangsung di Stadium Akuatik Pandalela Rinong, Kuching baru-baru ini. PAMS juga ingin menyumbang sedikit sebanyak kepada atlit dalam kalangan ahli yang berjaya mengharumkan nama Sarawak jika mempunyai dana nanti. Adik Nur Ikmas Darwisyah juga ada turut serta dalam pertandingan SUKMA yang lepas. Selain itu pihak ASNB turut memberi hadiah wang tunai kepada pemenang dalam sukan MSSM kali ini.