Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Aaaaih sik berasa dah tahun baru”.

Alhamdulillah, tahun 2023 sekejap lagi akan mengucapkan selamat tinggal kepada kita. Apa pun peristiwa suka duka yang berlaku pada tahun itu biarlah kita simpan sebagai pengajaran untuk tahun tahun yang akan datang.

“Selamat datang Tahun Baru 2024.” Semoga tahun ini membawa lebih banyak kegembiraan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam hidup kita. Mari kita hadapi setiap cabaran dengan keberanian dan positif.”

Di samping itu, mari lah kita bersama sama dengan Kerajaan menjaga kedamaian dan kesejahteraan Kaum, Rakyat Negeri Sarawak, dengan mengitiraf keujudan lain lain keturunan dan kepercayaan mereka dengan penuh hormat dan mesra. Sesebuah Negeri atau Negara bukan dicipta untuk satu bangsa dan satu agama. Ia dicipta untuk dikongsikan bersama dengan berbagai bangsa dan Agama.

“Jangan sekali-kali kita TAKUT untuk berunding dan jangan sekali-kali kita berunding kerana TAKUT”
John F. Kennedy
January 20,1961.

Ikeram Bin Yan.
Presiden
PAMS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *