20 Ogos 2026

SCAN COMMUNITY MEET-UP 2026

1. Pendahuluan

Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) telah mengambil bahagian dalam SCAN Community Meet-Up anjuran Society for Cancer Advocacy & Awareness Kuching (SCAN) sebagai satu usaha memperkukuh hubungan kemasyarakatan serta meningkatkan kesedaran mengenai sokongan psikososial, kesejahteraan emosi dan kesihatan komuniti.

2. Butiran Program

Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 1.00 petang – 4.00 petang
Tempat: Kuching Community Social Support Center (CSSC), Jalan Abell, Kuching
Penganjur: Society for Cancer Advocacy & Awareness Kuching (SCAN)
Tema: Connect • Share • Encourage

3. Penglibatan Ahli PAMS

Beberapa orang ahli PAMS telah hadir dan menyertai program tersebut. Kehadiran ahli PAMS menunjukkan komitmen pertubuhan dalam menyokong program kemasyarakatan yang memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan diri, sokongan emosi dan perkongsian pengalaman dalam kalangan komuniti. Antara yang hadir ialah Dr Rabaah Tudin, Puan Jamaliah Sinong dan juga dihadiri oleh Dr Benfadzil Salleh yang mengetuai dalam sessi hypnotherapy ini.

4. Pengisian Program

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:

– Sesi relaksasi secara individu selama 30 minit bersama sukarelawan terapis.
– Sesi suai kenal dan ramah mesra antara peserta.
– Perkongsian pengalaman penyembuhan dan maklumat oleh ahli.
– Sesi perkongsian oleh Dr. Benfadzil Mohd Salleh dari Benfadzil Academy berkaitan latihan hipnosis dan hipnoterapi.
– Sesi penutup yang diserikan dengan tarian Poco-Poco dan lagu tema Many Tomorrows.

5. Manfaat Kepada Ahli PAMS

Penyertaan dalam program ini memberi peluang kepada ahli PAMS untuk:

1. Mendapat pendedahan mengenai kepentingan sokongan emosi dan psikososial.
2. Berinteraksi dan bertukar pengalaman dengan ahli komuniti yang lain.
3. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesejahteraan mental dan emosi.
4. Membina jaringan kerjasama dengan organisasi kemasyarakatan seperti SCAN.
5. Mengenal pasti ruang kerjasama PAMS dalam program kesedaran, sokongan komuniti dan kesejahteraan masyarakat pada masa akan datang.

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penyertaan ahli Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) dalam SCAN Community Meet-Up merupakan satu penglibatan yang positif dan bermanfaat. Program ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk perkongsian dan sokongan sesama komuniti, malah membuka peluang kepada PAMS untuk memperluaskan jaringan kerjasama dalam bidang pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat.

PAMS disarankan untuk meneruskan penyertaan serta meneroka kerjasama strategik dengan SCAN dan organisasi berkaitan bagi menjayakan program-program kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada masyarakat Sarawak.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *