27 Mei 2026

Kuching, Sarawak

Pada hari ini berlangsungnya satu bengkel “Bina Sales page Untuk Jualan Produk” telah diadakan di Kuching, Sarawak. Bengkel ini teleh dibimbing oleh Dr Ishak bin Johari, CEO, Terbilang Academy Sarawak yang teleh berlangsung dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam bengkel ini peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu baru untuk membina ” Sales Page untuk Produk Jualan ” untuk produk oleh peserta bengkel. Kelas ini menggunakan kepakaran AI Digital iaitu Canva AI lebih mendalam (advance) dari canva biasa. Selain itu, applikasi  kepada pembayaran secara digital “Bayar Cash”. Sessi pembelajaran ini iaitu Video AI Express dimuatnaik ke “Skool” dan semua peserta untuk mengikuti Kelas AI Dr Ishak Johari.

Di bawah ini adalah ucapan yang telah disampaikan oleh Presiden PAMS, Dr Ikeram bin Yan

UCAPAN ALUAN PEMBUKAAN
OLEH PRESIDEN PAMS
DR. IKERAM BIN YAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam Sarawak Maju Makmur.

Yang Berbahagia Dr. Ishak Johari, CEO Terbilang Academy Sarawak,
Para tetamu kehormat, ahli-ahli Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS), para peserta bengkel, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat bersama-sama hadir dalam program “Bina Salepage Untuk Jualan Produk” pada hari ini.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak PAMS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Ishak Johari atas kesudian beliau berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang digital, AI dan automasi pemasaran kepada masyarakat kita. Sesungguhnya ilmu seperti ini amat penting dalam dunia perniagaan moden hari ini.

Hadirin yang dihormati,

Kita sedang berada dalam era ekonomi digital. Perniagaan bukan lagi sekadar membuka kedai secara fizikal, tetapi bagaimana kita mampu memasarkan produk secara lebih pantas, lebih profesional dan lebih meyakinkan melalui platform digital.

Melalui bengkel ini, peserta bukan sahaja akan belajar membina salepage, malah memahami bagaimana penggunaan AI dan automasi WhatsApp mampu membantu meningkatkan jualan serta memperkukuhkan jenama perniagaan masing-masing.

PAMS amat komited untuk terus menyediakan platform pembangunan ilmu, ekonomi dan keusahawanan kepada masyarakat, khususnya anak-anak Sarawak agar sentiasa relevan dan mampu bersaing dalam dunia digital masa kini.

Pantun pembuka bicara:

Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap sebentar di pohon sena;
Ilmu dicari tambah wawasan,
Demi masa depan lebih bermakna.

Akhir kata, saya berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya bengkel ini, bertanya, berkongsi idea dan mengambil peluang untuk meningkatkan potensi perniagaan masing-masing.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan program “Bina Salepage Untuk Jualan Produk” anjuran Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS).

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *