7 Mac 2026
Kuching, Sarawak
Kesinambungan dari Program Sumbangan Prihatin PAMS, kali ini pihak Yayasan Kepimpinan Al-Bait Barber telah sedia untuk memberikan perkhidmatan menggunting rambut secara percuma kepada golongan asnaf, anak yatim, B40 dan fakir. Pengurusnya Encik Fahmi Hakim Muhammad Nawawi berkata mereka ini harus disantuni bagi meringankan beban serta melahirkan rasa gembira kerana berhampiran dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi. Walau bagaimanapun setakat ini program ini dikhaskan untuk orang lelaki sahaja.
Tuan Presiden Tuan Ikeram Yan telah memulakan guntingan rambut bagi membuka tirai. “Program seumpama ini dapat dijalankan berterusan. Sekurang-kurangnya mereka ini merasa juga persediaan diri bagi menyambut Hari Raya nanti. Kadar menggunting rambut di luar mencecah RM20 sekepala pada masa ini.”

