Kuching, Sarawak
28 Febuari 2026/ 10 Ramadan 2026
Pada hari ini PAMS telah menganjurkan program “Sumbangan Prihatin PAMS” menyantuni golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim serta Orang Kurang Upaya (OKU) di Hana Sofiyya Hall, Jalan Astana, Kuching. Seramai kira-kira 20 buah keluarga telah menerima sumbangan ini bersama-sama dengan anak-anak mereka.
Program telah dimulakan dengan penyampaian tazkirah ramadan dengan tajuk Kemuliaan Ramadan oleh Ustaz Muhammad Azri Izzat bin Rasidi MIS 003873. “Dalam bulan Ramadan penuh mulia ini Allah membuka semua pintu taubat, marilah kita bersama-sama yang hadir petang ini untuk memohon keampunan dari Allah swt dengan bersungguh-sungguh. Ramadan hadir setahun sekali, maka rebutlah peluang ini kerana belum tentu kita dapat berjumpa pada Ramadan tahun depan.” kata Ustaz Muhammad Azri Izzat.
Seterusnya program telah dibuka dengan ucapan alu-aluan dari Presiden, Tuan Ikeram bin Yan.
“PAMS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Sumbangan Prihatin PAMS bagi membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim termasuk orang kurang upaya (OKU) yang mana tercicir menerima bantuan. Kita bersyukur kerana ini adalah tahun ke 3 kita mengadakan sumbangan seumpama ini. Terima kasih kepada YB Senator Dato’ Ahmad bin Dato Sri Hj Ibrahim, Baitulmal Sarawak, Yayasan Kepimpinan Albait (mengedar baju preloved raya), Biro Kebajikan PAMS yang telah berusaha keras, Puan Maria Salim yang menghulur duit raya kepada anak-anak golongan ini serta beberapa ahli lain.” kata Presiden
Selain itu dalam ucapannya Tuan Presiden menyatakan bahawa PAMS sudah mempunyai beberapa biro seperti Biro Kebajikan , SUARA PAMS, Koperasi PAMS (KOPAMS), serta yang terbaru ialah Biro Pengurusan Acara yang diketuai oleh Encik Shirajuddin Bolhi.
Sumbangan bakul makanan dan beras berjenama OVAL, serta wang tunai telah disampaikan oleh Presiden, Tuan Ikeram bin Yan dan diiringi oleh Setiausaha Agung Encik Noordin Johari dan Naib Presiden 1 Encik Awang Badele Awg Ali manakala bagi sumbangan duit raya pula telah disampaikan oleh Bendahari, Puan Maria Salim diiring oleh Pengerusi Biro Kebajikan (N.P 3), Puan Jumatia Hamdan dan Dr Rabaah Tudin (N.P 6) yang juga Ketua Wanita PAMS.
Antara yang hadir ialah Pengurus Yayasan Kepimpinan Albait, Encik Fahmi Hakim Muhammad Nawawi, Presiden Dewan Ekonomi Melayu Sarawak, Tuan Bujang Boji Sitam, Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak Dr Ishak Johari dan Dr Muhd Shafiq Thomas Co-Founder MB Edulink Sdn Bhd.
Program juga antara lain mendapat liputan dalam Sarawak Tribune pada 02 Mac 2026 di dalam Bahasa Inggeris.




