Kuching, 16hb Febuari 2026

Program Jualan Madani dan Usahawan (JMKU) Sempena Koop Talk telah diadakan di Pekarangan Bangunan Angkasa, Kuching. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alimin bersama Kominiti Kuching. Sebanyak 40 buah koperasi lain turut dijemput hadir oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Rodiyah Sapiee, Ahli Parlimen Batang Sadong merakap ALK KUSKOP dan juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep, Pengarah SKM Negeri Sarawak Tuan Haji Norazlan bin Haji Anuar, Pengerusi Angkasa Negeri Sarawak Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Pihak TEKUN, AIM, COOP Bank juga usahawan-usahawan dari pelbagai kementerian juga hadir. Koperasi PAMS turut dihadiri oleh Tuan Haji Rumi Len dan Puan Masmanis Mohd Yusof.

Program ini bertujuan membantu masyarakat sekitar untuk mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih rendah dari biasa. Selain itu ianya juga memberi pengetahuan kepada masyarakat setempat berkaitan aktiviti yang boleh dijalankan oleh koperasi di samping memberi pendedahan meluas berkaitan sektor koperasi yang boleh memebri impak yang positif kepada masyarakat yang menjadi anggota koperasi. Antara lain juga didedahkan Skim Pinjaman Bagi Bazzar Ramadan kepada usahawan samada berlesen ataupun tidak oleh Pengurus  TEKUN Negeri Sarawak, Encik Roslan Ais. Pinjaman selama setahun dan kelulusan dikreditkan keakaun seawal lima hari bekerja.

   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *