Kuching, 16hb Febuari 2026
Pada hari ini, Pertubuhan Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak (PAMS) buat pertama kalinya mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pelancongan, Seni Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah di pejabatnya di Tingkat 16, Bangunan Baitul Makmur 2, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
Dalam pertemuan itu PAMS telah bercadang mengunjurkan satu program “Torque Of Borneo – Beyond The Borders” selama 3 hari bermula dari 1hb Mei 2026-3hb Mei 2026 bertempat di Majlis Bandaraya Kuching Selatan. Program ini bakal menghimpunkan komuniti automotif terbesar di Borneo, menawarkan peluang terbaik untuk vendor meningkatkan jualan, mempromosikan produk, membina rangkaian, dan memperkenalkan brand kepada pengunjung dari seluruh Borneo. Ianya dijangka akan menarik pengunjung sehingga 300,000 orang selama 3 hari. Penyertaan adalah dari Kalimantan Barat, Brunei, Singapura dan juga Semenanjung Malaysia.


tahniah PAMS. Semoga event akan berlangsung dengan jayanya.