KUCHING, SARAWAK

Pada 3 Ogos 2024 yang lepas, PAMS telah dijemput untuk menghadiri Majlis Perlancaran Buku Wanita Sarawak 2024 – Sarawak Women In Innovation di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) bersempena Hari Wanita Sarawak 2024. Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, JWKS.

Sebuah buku yang menampilkan 26 personaliti wanita Sarawak, yang berjaya dalam bidang inovasi dan teknologi,  sempena sambutan Hari Wanita 2024.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, buku terbitan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) itu bertujuan memberi inspirasi kepada golongan tersebut untuk terus maju ke hadapan dalam bidang berkenaan. “Kementerian saya melalui JWKS sekali lagi menerbitkan sebuah buku sebagai usaha menghargai wanita-wanita kita yang telah memberi sumbangan berharga dalam bidang inovasi dan teknologi.” Dalam majlis itu juga telah diadakan sessi perkongsian bersama panel-panel terkemuka.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus, Pro Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Datuk Abdul Wahab Aziz, Setiausaha Tetap KPWK Datu Felicia Tan Ya Hua, Pengarah JWKS Salmah Jobeli, Pengurus Besar SEOIDLE Sdn Bhd Ayub Dahafi dan tiga personaliti buku tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *