KUCHING – PAMS mengambil inisiatif bagi membantu mangsa kebakaran yang berlaku sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lepas di Kampung Kudei, Kuching. Pakaian terpakai dan juga bakul makanan adalah antara barangan yang menjadi sumbangan dari ahli-ahli PAMS. Lebih menyedihkan bahawa mangsa kebakaran ini adalah warga emas dan juga OKU. Sumbangan telah diberikan kepada keluarga mangsa dan berharap ianya dapat meringankan beban.
Dari kiri: Puan Masmanis Mohd Yusof, Encik Ramli Bujang, Puan Saraiah Ayup menyampaikan sumbangan kepada 3 wakil mangsa kebakaran, Puan Jumatia Hamdan, Puan Maria Salim dan Puan Shamsiah Abdullah.
Kemudian ahli-ahli PAMS juga menuju ke Kampung Temedak, Telaga Air, Kuching bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran. Terdapat dua buah keluarga yang rumah mereka seratus peratus hangus dijilat api disebabkan litar pintas. Berita kebakaran ini juga tersiar dalam Sarawak Edition di laman muka buku bertarikh 7hb Mei 2023.